Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji
kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning
telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher
sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit.
Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah
berkesan.