PETUA....PETUA...PETUA...
Kurangkan peluh di wajah
Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil
ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu
sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di
wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri.
Buah pinang atasi kegemukan
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk
mengatasinya. Buah pinang muda yang lembut dibelah dua lalu dicuci
sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga
mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya.
Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di
dalam perut akan keluar melaluinya
.
Melembabkan wajah
Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya.
Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Pupuk perlahan-lahan
hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu
percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapa melambatkan
proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.
Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit
badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang.
Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.
Rambut selembut sutera
Untuk memperolehi rambut selembut sutera serta mudah disisir, amalkan
cara ini. Sekiranya anda bercadang membasuh rambut pada keesokan hari,
lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Keesokan harinya
syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga kering
lalu dirapikan dengan menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun. Jika
anda berambut lurus, anda boleh menyikat terus rambut anda sebaliknya
bagi anda yang berambut kerinting biarkan seketika barulah disikat agar
rambut tidak terputus dan bercabang.
Kulit cantik dan putih
Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah
tanpa perlu ke salun kecantikan. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya
mengisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur,
1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga
halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi
seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air
suam.
Selamat mencuba!